Wednesday, July 29, 2009

SEJARAH SMDB




SMK Doktor Burhanuddin terletak di kampung boyan beralamat no 58, Jalan Raja Sulong, Taping Perak.

Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 1 Jun 1967dengan nama Sekolah Kebangsaan. Sekolah ini telah dinamakan semula kepada Sekolah Menengah Doktor Burhanuddin bagi mengingati jasa seorang tokoh terkenal yang telah memainkan peranan penting dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air. Cogan kata bagi sekolah ini adalah " Pengetahuan Pandu Penghidupan".

Sekolah ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 6 di mana terdapat pelajar bagi kelas Rancangan Khas, Aliran Agama dan kelas Pendidikan Khas. Sekolah ini mempunyai 145 orang guru dan 20 orang staf sokongan. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti dewan, kantin, asrama dan sumber untuk mendapatkan berita, maklumat dan bahan bacaan iaitu pusat sumber. Blog ini akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang pusat sumber sekolah ini. Sekian untuk kali ini..












No comments:

Post a Comment