Thursday, July 30, 2009

KURSUS KEPIMPINAN




KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN



NILAM
Sekolah ini adalah sekolah yang aktif menjalankan program NILAM. Guru-guru subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bertanggungjawab memastikan program ini berjlan dengan lancar. Pada setiap BULAN, guru kelas akan memasukkan data NILAM dalam sistem. Anugerah diberikan kepada pelajar yang banyak membaca. Setakat ini 30 orang pelajar telah mencapai tahap rakan pembaca.
















RUANG TERBUKA RAK BUKU














BILIK TAYANGAN

Dalam Pusat Sumber Suri, terdapat bilik tayangan diman blk ini dapat memuatkan maksimum 150 orang. Biasanya mesyuarat yang melibatkan semua guru akan diadakan di sini. Pelbagai aktiviti juga boleh dijalankan di sini seperti motivasi, pertandingan bercerita dan sebagainya. Dalam bilik ini LCD, OHP dan televisyen juga disediakan.

















SUDUT BERITA
Ruang ini adalah tempat untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan dengan ekonomi, perniagaan, berita luar negara, hiburan dan sukan. Pelbagai jenis akhbar disediakan pada tiap2 hari dan ruang ini antara ruang yang selesa dan santai.

AUTOMASI

Ini adalah sudut di masa proses peminjaman dan pemulangan buku dijalankan. Uniknya sekolah ini, proses peminjaman dan pemulangan buku menggunakan sistem automasi dimana setiap buku yang hendak dipinjam akan discan terlebih dahulu . Begitu juga dengan proses pemulangan buku.
























































ORGANISASI PSS


Untuk membentuk satu organisai yang berkesan, AJK Induk, AJK Kerja dan pengawas PSS telah dipilih. Setiap AJK mempunyai tanggunjawab masing-masing untuk memastikan segala proses peminjaman dan pemulangan buku berjalan dengan lancar dan keadaan pusat sumber berada dalam keadaan teratur dan terkawal.

Wednesday, July 29, 2009

PUSAT SUMBER SURI


Pada November 1991, pusat sumber sekolah dipindahkan dari blok D ke blok G. Pusat sumber ini dirasmikan pada 8 Ogos 1992 oleh Pn. Suri bt. Yahya iaitu isteri kepada Doktor Burhanuddin Al-Helmi . Nama pusat sumber ini adalah Pusat Sumber Suri diambil sempena dengan nama perasmi.




SEJARAH SMDB




SMK Doktor Burhanuddin terletak di kampung boyan beralamat no 58, Jalan Raja Sulong, Taping Perak.

Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 1 Jun 1967dengan nama Sekolah Kebangsaan. Sekolah ini telah dinamakan semula kepada Sekolah Menengah Doktor Burhanuddin bagi mengingati jasa seorang tokoh terkenal yang telah memainkan peranan penting dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air. Cogan kata bagi sekolah ini adalah " Pengetahuan Pandu Penghidupan".

Sekolah ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 6 di mana terdapat pelajar bagi kelas Rancangan Khas, Aliran Agama dan kelas Pendidikan Khas. Sekolah ini mempunyai 145 orang guru dan 20 orang staf sokongan. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti dewan, kantin, asrama dan sumber untuk mendapatkan berita, maklumat dan bahan bacaan iaitu pusat sumber. Blog ini akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang pusat sumber sekolah ini. Sekian untuk kali ini..












Tuesday, July 28, 2009

Pembuka bicara

Assalamualaikumwarahmatullah...Selamat datang dan terima kasih kerana membuka blog ini. Saya harap blog ini dapat memberi sedikit sebanyak informasi berkaitan dengan Pusat Sumber Suri SMK Doktor Burhanuddin, Taiping.